Custom Search

Thursday, January 7, 2010

Keistimewaan Daging Arnab

Daging arnab mempunyai kadar protien yang tinggi, daging arnab juga mempunyai kandungan serat halus yang tinggi.Kandungan airnya juga lebih tinggi(67.9%) berbanding dengan ternakan lain seperti ayam pedaging, lembu atau biri-biri. Kadar lemak yg terkandung di dalam daging arnab adalah 75g/kg di mana sebahagian besar lemak tersebut adalah dalam bentuk tak tepu. Selain itu, paras kolestrol di dalam daging arnab rendah iaitu 1.39mg/kg manakal kandungan natrium hanya 399mg/kg.

Rendah lemak
Ia bukan saja dapat meningkatkan tenaga, malah dapat memperbaiki sel-sel dalam tubuh, membentuk sel-sel baru dan meningkatkan kecerdasan otak. Oleh itu, ibu bapa disarankan utk menyediakan menu yg terdiri daripada daging arnab untuk keperluan tumbesaran anak-anak yg baik.
Berdasarkan khasiatnya yang dapat meningkatkan kemampuan golongan lelaki, daging arnab memiliki banyak persamaan dengan daging kambing. Kelebihannya adalah terdiri daripada kandungan protein yang lebih tinggi dan kadar lemak yang sgt sedikit.
Daging arnab dapat mengempiskan perut dan melawaskan air kencing jika dimakan dlm kuantit yg mencukupi. Daging arnab yg terdapat pada bahagian kepala jika dimasak dan dimakan dapat mengubati penyakit demam malaria.


Fakta Daging Arnab
Mengkut kajian yang telah dijalankan,membuktikan daging arnab mengandungi kadar protein yang tinggi dan boleh diserap oleh tubuh secara langsung sehingga menghasilkan tenaga. Disebabkan oleh itu ramai masyarakat yang memakan daging arnab mempercayai daging arnab dapat meningkatkan tenaga batin.
Sebahagian masyarakat menganggap bahawa daging arnab adalah seperti kucing dan juga berkeberatan untuk memakannya. Bagi yang beragama Islam daging arnab adalah halal dimakan tanpa perlu berprasangka terhadap kesahihannya. Tahukah anda daging arnab adalah daging yang sgt baik jika dibandingkan dengan daging haiwan lain. Bukan setakat itu sahaja, daging arnab juga mempunyai byk manfaat dan juga boleh mengubati pelbagai penyakit kronik. Baik mari kita berkongsi ilmu tentang kebaikkan daging arnab.
Selain mempunyai rasa yang lebih enak berbanding dengan rasa daging haiwan lain seperti ayam dan itik, ia juga dikatakan mempunyai khasiat tersendiri untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan terutamanya bagi golongan lelaki. Ada pihak berpendapat bahawa dgn memakan daging arnab mampu meningkatkan tenaga batin orang lelaki. Pendapat ini telah pun dibuktikan secara ilmiah. Bardasarkan kajian yg dilakukan, daging arnab mengandungi asid lemak tak tepu dan kadar protein yang amat tinggi sehingga dapat memberikan kesan yg baik terhadap kesihatan manusia.

sumber: jebitrabbitry.wordpress

No comments:

Post a Comment